Wednesday, April 29, 2009

kelas adempiere 28-30 april 2009

hari kedua berkelas adempiere dengan en red1 anjuran energetic point..thanks to en shamsudin, actually is our senior from skit3 dulu2..hehe.adempiere ni kan kalo bleh master dia punya application...fuhh wa cakap lu banyak documentation dan planning dalam perniagaan sama ada besar ke kecil boleh setel woo...tapi nak boleh catch up susah la,sebab xpernah jumpa erp system dan juga open source before..tapi sebab suka belaja benda baru aku teruskan jugak, at least i know new thing of knowledge and new technology.

gambar nanti la attach pas habis program ni..hehe

to dr shahizan episode 4: visit for mastercam...

MASTERCAM merupakan software yang membolehkan pengguna merekabentuk sesuatu objek dan menghasilkan objek tersebut dengan mesin pembuat. Ini bertepatan dengan maksud CAM itu sendiri iaitu Computer-Aided Manufacturing.

tujuan lawatan ini untuk Mendedahkan pelajar dengan software MASTERCAM, membuat tutorial bagi mereka bentuk sesuatu objek, menyediakan simulasi proses penghasilan objek, mengendalikan mesin secara manual dan automatik dan seterusnya menghasilkan objek.

SESI 1 (9.00 PG-10.30 PG)
Camputer-Aided Design (CAD) merupakan program computer yang mengunakan aplikasi-aplikasi rekabentuk geometri, lakaran dan dokumentasi. Contoh software yang menggunakan program ini adalah AutoCAD, SolidWorks, SolidEdge, Alibre Design, VariCAD, Pro/ENGINEER, VectorWork, MicroStation dan TopSolid. Program ini merupakan asas kepada rekabentuk 2D dan 3D.

Kelemahan software ini adalah pengguna hanya boleh menggunakannya sekadar untuk merekabentuk objek tetapi tidak menghasilkan objek. Oleh itu, software seperti UGS Corp, PTC, Delcam, Planit-Edgecam, OneCNC, GibbsCAM, SurfCAM, CNC(Mastercam) dan BobCAD-CAM diprogramkan agar pengguna bukan sahaja boleh merekabentuk objek malah menghasilkan objek tersebut. CAM membantu jurutera untuk membuat model fizikal menggunakan program CAD.

Dalam lawatan Pendek ini, pelajar didedahkan tentang merekabentuk objek 2D dan 3D, simulasi, Kod-G dan proses pembuatan. Selama lebih kurang sejam, pelajar telah diajar langkah demi langkah menggunakan MASTERCAM untuk merekabentuk objek 2D dan 3D. Antara lukisan objek yang telah dibuat adalah seperti rajah 1.

RAJAH 1


Setelah selesai melukis, pelajar diajar cara untuk menghasilkan simulasi objek yang bakal dihasilkan menggunakan mesin pembuatan. Simulasi ini menggambarkan cara mesin menghasilkan objek dan masa yang diambil bagi proses penghasilan itu. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Makmal Simulasi untuk proses seterusnya.


SESI 2 (10.30 PG-12.00 PTG)
Pelajar diperkenalkan dengan mesin yang akan menghasilkan objek yang telah direkabentuk semasa sesi 1. Bahagian utama mesin tersebut adalah pemegang mata, penyejuk, program yang disambung dengan komputer, pemegang objek dan motor. Mata yang digunakan merupakan mata pintal yang mempunyai pelbagai dimensi mengikut kesesuaian objek yang akan dihasilkan dan bahan kerja yang digunakan iaitu kayu, besi, aluminium dan waks.


Pelajar diberi peluang untuk menggunakan mesin secara manual dengan pengawasan juruteknik yang bertugas. Kemudian, proses penghasilan objek secara automatik dilakukan dengan menggunakan hasil rekabentuk objek semasa sesi 1. Kod-G merupakan kod yang dibaca oleh mesin ketika proses penghasilan objek dilakukan. Kod-G inilah yang menghubungkan antara CAD dan CAM

terima kasih

Monday, April 27, 2009

to dr shahizan episode 3: kursus ADempiere?

7 april, selasa. D24 fakulti sains komputer dan sistem maklumat UTM. satu kursus berkenanan ADempiere disertai oleh peserta dari sekolah2 sekitar johor dan disampaikan oleh mr Redhuan D.Oon iaitu pengurus ADempiere yang beribu pejabat di germany. beliau adalah ketua bagi sistem ADiempere dan yang bangganya beliau adalah rakyat malaysia yang mengarahkan orang barat sebagai pekerja di dalam bidang open source. ADempiere ni apa sebenarnnya? ia adalah satu sistem untuk merancang dan menguruskan perniagaan atau bahasa ringkasnya ERP(entrepreneurship resource planning) yang menggunakan java skrip sebagai sourcecode. tujuan kedatangan mr red1 (nama glamor nya) sumbangan usaha Energetic Point Sdn. Bhd adalah untuk mendedahkan open source kepada pelajar2 dan juga ingin mencari sesiapa yang berminat untuk mempelajri ADempiere secara mendalam kerana ingin membimbing mereka yang berminat ini sebagai trainer utuk ADempiere ini. untuk lebih detail pasal ADempiere ini bolehlaq melawati laman yang dibawah ni.


http://www.red1.org/

http://www.adempiere.com/

KM Lab, N28, fakulti sains komputer dan sistem maklumat, sambungan kursus ADempiere kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. di sini lebih kepada perbincangan untuk menjalankan Research, marketing and training bagi ADempiere diperingkat pengajian tinggi. tujuannya adalah untuk menjenamakan ADempiere ini adalah salah satu ERP system yang berkesan dan diguna pakai oleh setiap industri sedia ada. disini disertakan gambar mr red1 dan saya selepas berakhir kursus tersebut. sekian.








Friday, April 24, 2009

to dr shahizan episode 2- 2 in1 asimen

dalam episod kali ini, 2 in 1 asimen sebenarnya adalah gabungan assignment untuk CSS atau bahasa susah nak sebutnya Cascading Style Sheet dan juga assignment untuk ubah web template. untuk itu, sumber daripada http://www.freewebsitetemplates.com/ telah dikenalpasti untuk editor session. firstly utk CSS modul, kita tgk dulu yang original punya web sample....

sample before

tengok background asal x cantik kan...therefore, guna css ubah kat dia punya style sheet ke apa ntah orang panggil untuk menjadikan ghopanya seakan ini.

sample after


wah2 cantik jugak selepas ditukar backgroundnya, kan dong? oleh itu, CSS assignment accomplish.. therefore untuk gabungan ke 2 pula iaitu web template adalah teknik gubahan bunga mengikut cara mak kiah...eh bukan gubah bunga la, kita edit kandungan web asal kepada isi kandunagn ikut kita punya kehendak la...kalo xpercaya cuba tengok perbezaan antara yg sebelum dan selepas..boleh perasan x, asal punya web diceritakan dalam yang tidak difahami/bahasa alien kot, aku pun xpaham.. tapi yang after nyer, format bahasa bertukar kepada bahasa inggeris dan membincangkan pasal SGIS aku: punya tajuk kan? font kaler berubah, isi kandungan berubah, gambar berubah, bahasa pun berubah.. yang tu adalah gabungan CSS dan ubahan pada web template...

sekian untuk episod 2..terima kasih

to dr shahizan episode 1

setelah beberapa kali menukar idea dan terkial-kial memilih tajuk projek akhirnya ......fuuuh penat..smart grill intelligent system acronym nye SGIS dipilih untuk dijadikan projek. untuk wireframe nye, aku pecahkan kepada 3 pages utama dan x tunjuk detail sgt la..


sebagai main page:
then, utk page seterusnya pergi kepada menu, eh macam senget la pulak susunan dia..erm xpela, xperasan time buat tu..yg penting idea ada..hehehe
untuk pages terakhir adalah paparan result..cadangannya seperti berikut..cewah banyak plak kaler kat situ..hehe

sekian sahaja untuk episod pertama siri assignmet dr shahizan..
terima kasih...tterimma kassihhh:)






Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger