Tuesday, July 28, 2009





Sunday, June 21, 2009

hurmmm

kadang-kadang hidup rasa bosan, kadang-kadang rasa macam sangat best, kadang-kadang rasa macam kosong, kadang-kadang rasa macam tak cukup masa, kadang-kadang macam malas, kadang-kadang rasam macam biasa jer hari-hari, kadang-kadang rasa sempit, kadang -kadang dan banyak lagi kadang-kadangya. itulah nabi kata, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati..ini juga melibatkan perumpamaan bahawa jadikanlah hari ini lebih baik drpd semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini....sentiasalah bermuhasabah setelah melakukan sesuatu perkara sama ada ianya baik atau buruk untuk kesejahteraan hidup didunia yang kekal abadi..sekadar renungan untuk diri sendiri,,:)

Thursday, May 21, 2009

jemputan kawen

dah nak masuk cuti sekolah ni asyik dapat jemputan kawen jer..apa2 pun tahniah kepada kawan2 yg bakal berkahwin dan mana2 pasangan yg akan berkahwin jugak..perkahwinan itu sesungguhnya satu sunnah nabi dan besar manafaatnya tetapi bagi empunya diri belum mampu lagi..hehe.. sebut pasal kawen ni, tiap2 kali cuti sekolah mesti dapat jemputan punya, tapi masalah paling besar bukan hadiah nak prepare tapi nak decide nak pergi yg mana...sebabnya tarih kebanyakkan memang serentak punya.masing2 nak pilih tarikh yg best katakan..kita yg dijemput ni jgk yg serba salah.kalo xpergi kena kata, tapi kalo pergi salah satu kena kata pilih bulu pulak..hurm..so langkah ambil hati xyah g mana2 kan..hahaha..setel problem:)

Friday, May 1, 2009

to dr shahizan last episode: orang lidi

akhirnya berkesudahan jugak orang lidi yang mengambil masa dan tenaga sebab xreti mana pun main2 ngan flash ni.. masa cikgu import time kelas dr shahrizal sonar pun xpaham sangat, dia ajar laju sangat. nasib baik ada member2 reti, bleh blaja ngan membe..


untuk pengetahuan dr, yang nak submit ni nak letak hasil masa tengah jaga exam ngan selepas buat semula kat rumah,hehehe.

ok yang ni buat time tengah jaga budak sains komputer exam pagi tadi, subjek database. ada nampak foriengner meniru, kawan kat depan bagi jawapan. tapi bila nak pulangkan kertas jawapan paling lambat sampai nak kena tarik baru bagi.dah la meniru, mintak xnak kasi..
hurm ok ni hasilnya


yang ni pulak selepas dibuat semula setelah tidak berpuas hati dengan hasil kerja sendiri.. nak siapkan yg baru ni pun seksa jgk.buat sambil baring, bila dah siap xle bangun, baring lama sangat..sakit giler otot time bangun tu.




Alhamdulillah akhirnya sesion assignment utk disubmit siri dr shahizan akhirnya selesai...

Wednesday, April 29, 2009

kelas adempiere 28-30 april 2009

hari kedua berkelas adempiere dengan en red1 anjuran energetic point..thanks to en shamsudin, actually is our senior from skit3 dulu2..hehe.adempiere ni kan kalo bleh master dia punya application...fuhh wa cakap lu banyak documentation dan planning dalam perniagaan sama ada besar ke kecil boleh setel woo...tapi nak boleh catch up susah la,sebab xpernah jumpa erp system dan juga open source before..tapi sebab suka belaja benda baru aku teruskan jugak, at least i know new thing of knowledge and new technology.

gambar nanti la attach pas habis program ni..hehe

to dr shahizan episode 4: visit for mastercam...

MASTERCAM merupakan software yang membolehkan pengguna merekabentuk sesuatu objek dan menghasilkan objek tersebut dengan mesin pembuat. Ini bertepatan dengan maksud CAM itu sendiri iaitu Computer-Aided Manufacturing.

tujuan lawatan ini untuk Mendedahkan pelajar dengan software MASTERCAM, membuat tutorial bagi mereka bentuk sesuatu objek, menyediakan simulasi proses penghasilan objek, mengendalikan mesin secara manual dan automatik dan seterusnya menghasilkan objek.

SESI 1 (9.00 PG-10.30 PG)
Camputer-Aided Design (CAD) merupakan program computer yang mengunakan aplikasi-aplikasi rekabentuk geometri, lakaran dan dokumentasi. Contoh software yang menggunakan program ini adalah AutoCAD, SolidWorks, SolidEdge, Alibre Design, VariCAD, Pro/ENGINEER, VectorWork, MicroStation dan TopSolid. Program ini merupakan asas kepada rekabentuk 2D dan 3D.

Kelemahan software ini adalah pengguna hanya boleh menggunakannya sekadar untuk merekabentuk objek tetapi tidak menghasilkan objek. Oleh itu, software seperti UGS Corp, PTC, Delcam, Planit-Edgecam, OneCNC, GibbsCAM, SurfCAM, CNC(Mastercam) dan BobCAD-CAM diprogramkan agar pengguna bukan sahaja boleh merekabentuk objek malah menghasilkan objek tersebut. CAM membantu jurutera untuk membuat model fizikal menggunakan program CAD.

Dalam lawatan Pendek ini, pelajar didedahkan tentang merekabentuk objek 2D dan 3D, simulasi, Kod-G dan proses pembuatan. Selama lebih kurang sejam, pelajar telah diajar langkah demi langkah menggunakan MASTERCAM untuk merekabentuk objek 2D dan 3D. Antara lukisan objek yang telah dibuat adalah seperti rajah 1.

RAJAH 1


Setelah selesai melukis, pelajar diajar cara untuk menghasilkan simulasi objek yang bakal dihasilkan menggunakan mesin pembuatan. Simulasi ini menggambarkan cara mesin menghasilkan objek dan masa yang diambil bagi proses penghasilan itu. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Makmal Simulasi untuk proses seterusnya.


SESI 2 (10.30 PG-12.00 PTG)
Pelajar diperkenalkan dengan mesin yang akan menghasilkan objek yang telah direkabentuk semasa sesi 1. Bahagian utama mesin tersebut adalah pemegang mata, penyejuk, program yang disambung dengan komputer, pemegang objek dan motor. Mata yang digunakan merupakan mata pintal yang mempunyai pelbagai dimensi mengikut kesesuaian objek yang akan dihasilkan dan bahan kerja yang digunakan iaitu kayu, besi, aluminium dan waks.


Pelajar diberi peluang untuk menggunakan mesin secara manual dengan pengawasan juruteknik yang bertugas. Kemudian, proses penghasilan objek secara automatik dilakukan dengan menggunakan hasil rekabentuk objek semasa sesi 1. Kod-G merupakan kod yang dibaca oleh mesin ketika proses penghasilan objek dilakukan. Kod-G inilah yang menghubungkan antara CAD dan CAM

terima kasih

Monday, April 27, 2009

to dr shahizan episode 3: kursus ADempiere?

7 april, selasa. D24 fakulti sains komputer dan sistem maklumat UTM. satu kursus berkenanan ADempiere disertai oleh peserta dari sekolah2 sekitar johor dan disampaikan oleh mr Redhuan D.Oon iaitu pengurus ADempiere yang beribu pejabat di germany. beliau adalah ketua bagi sistem ADiempere dan yang bangganya beliau adalah rakyat malaysia yang mengarahkan orang barat sebagai pekerja di dalam bidang open source. ADempiere ni apa sebenarnnya? ia adalah satu sistem untuk merancang dan menguruskan perniagaan atau bahasa ringkasnya ERP(entrepreneurship resource planning) yang menggunakan java skrip sebagai sourcecode. tujuan kedatangan mr red1 (nama glamor nya) sumbangan usaha Energetic Point Sdn. Bhd adalah untuk mendedahkan open source kepada pelajar2 dan juga ingin mencari sesiapa yang berminat untuk mempelajri ADempiere secara mendalam kerana ingin membimbing mereka yang berminat ini sebagai trainer utuk ADempiere ini. untuk lebih detail pasal ADempiere ini bolehlaq melawati laman yang dibawah ni.


http://www.red1.org/

http://www.adempiere.com/

KM Lab, N28, fakulti sains komputer dan sistem maklumat, sambungan kursus ADempiere kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. di sini lebih kepada perbincangan untuk menjalankan Research, marketing and training bagi ADempiere diperingkat pengajian tinggi. tujuannya adalah untuk menjenamakan ADempiere ini adalah salah satu ERP system yang berkesan dan diguna pakai oleh setiap industri sedia ada. disini disertakan gambar mr red1 dan saya selepas berakhir kursus tersebut. sekian.









Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger