Monday, April 27, 2009

to dr shahizan episode 3: kursus ADempiere?

7 april, selasa. D24 fakulti sains komputer dan sistem maklumat UTM. satu kursus berkenanan ADempiere disertai oleh peserta dari sekolah2 sekitar johor dan disampaikan oleh mr Redhuan D.Oon iaitu pengurus ADempiere yang beribu pejabat di germany. beliau adalah ketua bagi sistem ADiempere dan yang bangganya beliau adalah rakyat malaysia yang mengarahkan orang barat sebagai pekerja di dalam bidang open source. ADempiere ni apa sebenarnnya? ia adalah satu sistem untuk merancang dan menguruskan perniagaan atau bahasa ringkasnya ERP(entrepreneurship resource planning) yang menggunakan java skrip sebagai sourcecode. tujuan kedatangan mr red1 (nama glamor nya) sumbangan usaha Energetic Point Sdn. Bhd adalah untuk mendedahkan open source kepada pelajar2 dan juga ingin mencari sesiapa yang berminat untuk mempelajri ADempiere secara mendalam kerana ingin membimbing mereka yang berminat ini sebagai trainer utuk ADempiere ini. untuk lebih detail pasal ADempiere ini bolehlaq melawati laman yang dibawah ni.


http://www.red1.org/

http://www.adempiere.com/

KM Lab, N28, fakulti sains komputer dan sistem maklumat, sambungan kursus ADempiere kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. di sini lebih kepada perbincangan untuk menjalankan Research, marketing and training bagi ADempiere diperingkat pengajian tinggi. tujuannya adalah untuk menjenamakan ADempiere ini adalah salah satu ERP system yang berkesan dan diguna pakai oleh setiap industri sedia ada. disini disertakan gambar mr red1 dan saya selepas berakhir kursus tersebut. sekian.








0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger