Wednesday, April 29, 2009

to dr shahizan episode 4: visit for mastercam...

MASTERCAM merupakan software yang membolehkan pengguna merekabentuk sesuatu objek dan menghasilkan objek tersebut dengan mesin pembuat. Ini bertepatan dengan maksud CAM itu sendiri iaitu Computer-Aided Manufacturing.

tujuan lawatan ini untuk Mendedahkan pelajar dengan software MASTERCAM, membuat tutorial bagi mereka bentuk sesuatu objek, menyediakan simulasi proses penghasilan objek, mengendalikan mesin secara manual dan automatik dan seterusnya menghasilkan objek.

SESI 1 (9.00 PG-10.30 PG)
Camputer-Aided Design (CAD) merupakan program computer yang mengunakan aplikasi-aplikasi rekabentuk geometri, lakaran dan dokumentasi. Contoh software yang menggunakan program ini adalah AutoCAD, SolidWorks, SolidEdge, Alibre Design, VariCAD, Pro/ENGINEER, VectorWork, MicroStation dan TopSolid. Program ini merupakan asas kepada rekabentuk 2D dan 3D.

Kelemahan software ini adalah pengguna hanya boleh menggunakannya sekadar untuk merekabentuk objek tetapi tidak menghasilkan objek. Oleh itu, software seperti UGS Corp, PTC, Delcam, Planit-Edgecam, OneCNC, GibbsCAM, SurfCAM, CNC(Mastercam) dan BobCAD-CAM diprogramkan agar pengguna bukan sahaja boleh merekabentuk objek malah menghasilkan objek tersebut. CAM membantu jurutera untuk membuat model fizikal menggunakan program CAD.

Dalam lawatan Pendek ini, pelajar didedahkan tentang merekabentuk objek 2D dan 3D, simulasi, Kod-G dan proses pembuatan. Selama lebih kurang sejam, pelajar telah diajar langkah demi langkah menggunakan MASTERCAM untuk merekabentuk objek 2D dan 3D. Antara lukisan objek yang telah dibuat adalah seperti rajah 1.

RAJAH 1


Setelah selesai melukis, pelajar diajar cara untuk menghasilkan simulasi objek yang bakal dihasilkan menggunakan mesin pembuatan. Simulasi ini menggambarkan cara mesin menghasilkan objek dan masa yang diambil bagi proses penghasilan itu. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Makmal Simulasi untuk proses seterusnya.


SESI 2 (10.30 PG-12.00 PTG)
Pelajar diperkenalkan dengan mesin yang akan menghasilkan objek yang telah direkabentuk semasa sesi 1. Bahagian utama mesin tersebut adalah pemegang mata, penyejuk, program yang disambung dengan komputer, pemegang objek dan motor. Mata yang digunakan merupakan mata pintal yang mempunyai pelbagai dimensi mengikut kesesuaian objek yang akan dihasilkan dan bahan kerja yang digunakan iaitu kayu, besi, aluminium dan waks.


Pelajar diberi peluang untuk menggunakan mesin secara manual dengan pengawasan juruteknik yang bertugas. Kemudian, proses penghasilan objek secara automatik dilakukan dengan menggunakan hasil rekabentuk objek semasa sesi 1. Kod-G merupakan kod yang dibaca oleh mesin ketika proses penghasilan objek dilakukan. Kod-G inilah yang menghubungkan antara CAD dan CAM

terima kasih

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger